Wednesday, 18 January 2017

TANGISAN DI BUMI SYAM


“Beruntunglah negeri Syam. Sahabat bertanya: mengapa ? Jawab Nabi saw: Malaikat rahmat membentangkan sayapnya di atas negeri Syam.” (HR. Imam Ahmad)

Syam bumi berkah yang terjajah..terobek oleh tangan-tangan rakus musuh-musuh islam. Dracula ! Ya . Versi manusia yang sentiasa dahagakan darah. Bom dan peluru senjata seolah mainan yang boleh diacukan kepada sesiapa sahaja.

TIDAK MARAHKAH KITA ?

Kanak-kanak diyatimkan
Seorang muslimah diragut maruah dan kehormatannya
Seorang ibu dipisahkan dari anak-anaknya
Seorang pemuda dipijak-pijak kerana mempertahan akidahnya
Seorang tua tak berkudrat menyaksikan hari-hari tua penuh linangan air mata dan darah para syuhada

Buya Hamka pernah berkata
“Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah”

Ya. Dunia kini menuntut air mata. Nyawa manusia umpama rumput dan lalang yang boleh dicantas bila2 masa..jika mata yang melihat merasa sayu..apalagi bahu yang menanggung beban dan tubuh yang menanggung kesakitan.

PENDERITAAN DEMI PENDERITAAN

Sakit mereka bukan semata kerana diseksa
Sakit mereka juga kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman
sakit mereka oleh kerana suara dan tangisan yang tak dihiraukan
Sakit mereka kerana kelemahan umat dan pemimpin-pemimpin islam

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami. -Syeikh Ahmad Yassin

UMPAMA BUIH DI LAUTAN

Tapi kita kan ramai...waktu perang Badar, umat islam boleh menang walaupun berjumlah sedikit ? Di manakah lemahnya kita ?

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan keadaan umat di akhir zaman .
“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” 

Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” 

Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” 

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Wahn?” 

Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”

( HR Abu Dawud )


Saturday, 31 December 2016

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Saturday, 24 December 2016

Hikmatul Islam


"sesuatu yang belum halal disentuh dengan tangan, 
sentuhlah hatinya dengan doa” 

dunia ni, kena letak ditangan,
supaya senang ditadbir...
jangan letak dihati,
kelak jatuh cinta nanti
"ramai orang obses dalam isu hubungan berlainan jantina, sehingga terlupa untuk membina hubungan dengan Tuhannya..."
"Sujud, because sometimes you have no shoulder to cry on, but you always have a ground to put your head and shed your tears on."
To get what you love, you must first be patient with what you hate.

— Imam Al-Ghazali
"Al-ridha bil ma’siyati ma’siyatun."

"Apa tu?"

"Redha dengan kemaksiatan adalah maksiat."
"Marahnya orang yang mulia bisa terlihat dari sikapnya, dan marahnya orang yang bodoh terlihat dari ucapan lisannya" (Imam Syafi’i)
Hiduplah sebagaimana yang kau sukai tetapi ingat bahwasanya engkau akan mati
cintailah kepada siapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahwasanya engkau akan berpisah dengannya
dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahwasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal karenanya (Imam Ghazali)
Belum pernah saya berhadapan dengan sesuatu yang lebih sulit dari pada jiwa saya sendiri
yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya
(Imam Ghazali)

Thursday, 15 December 2016

Turki bantu evakuasi warga Aleppo

Assalamualaikum..alhamdulillah..dalam kesempitan menghadapi kemelut di Aleppo..Tukri datang menghulurkan bantuan atas nama persaudaraan..kagum dgn Recep Tayyip Erdogan..walaupun mungkin sesetengah pihak berpendapat lain ttg beliau..tapi beliau seorang "muslim leader" yang lantang.


Video diatas adalah video Ketibaan kumpulan pertama dari kalangan orang awam yang tercedera dari Timur Aleppo ke Barat Aleppo. Pilu hati meninggalkan rumah sendiri..benarlah..di syria..pemimpin yang memilih rakyatnya bukan rakyat memilih pemimpinnya.. Sumber video : Syria Care


Ira masih ingat satu video world economic forum yang menyaksikan erdogan duduk sebaris bersama wakil negara haram Israel, simon peres..peres menjelaskan alasannya terhadap sikap yang diambil oleh negara haram israel berkenaan konflik Gaza, selesai peres bercakap erdogan meminta satu minit..dalam ucapannya
"peres..kamu lebih tua dariku..
"kamu berbicara dengan suara yang sangat keras
"ketahuilah,nada  bicara tinggi yang anda pertontonkan itu..sangat jelas menunjukkan  kejiwaan seorang terdakwa..
"Namun saya tidak akan tinggikan suaraku seperti yang anda lakukan..
"camkan baik2..saat berbicara tentang pembunuhan,andalah orang yg paling tahu ttg itu
"Saya sangat tahu bagaimana anda telah membunuh anak2 kecil gaza di tengah jalan..
"satu dari dua orang pejabatmu telah mengemukakan data penting kepada kami..
"Dia mengatakan ketika kami masuk dengan tank2 kami ke palestine,kami merasakan  sebuah  kebahagiaan yang tidak biasa..
"Data ini diungkapkan sendiri oleh pejabatmu..
"kalau kamu inginkan nama pejabat itu,aku akan berikan tidak usah cemas..
"dan saya sgt mengecam org2 yang bertepuk tgn terhadap kezaliman ini..krna merasa  gembira  terhadap pembunuhan yang anda lakukan adalah bentuk kejahatan lain..
"di dalam taurat mengatakan jgn membunuh..tetapi kalian melakukan pembunuhan..

walaupun kata2 erdogan saat itu cuba untuk dipotong akhirnya beliau bingkas bangun dan keluar dari forum tersebut..kagum dgn kelantangan beliau..Inilah pemerintah yg kita mahu..walaupun hati penuh kemanusiaan..kerendahan..tetapi tegas dengan prinsip islam..tegas terhadap nasib umat islam..terima kasih turki....






Deretan bas hijau yang membawa konvoi penduduk Aleppo

Namun kita berharap ketua negara2 muslim yang lain segera bangkit..bukan dgn kenyataan semata2..tetapi dengan tindakan..kita mampu mengubah dunia..InshaAllah...wassalam..





Tuesday, 13 December 2016

ALEPPO BERDARAH

Sayu..marah..hati menjerit sekuat-kuatnya terasa bahang kesakitan yang dialami warga aleppo..Syria dahulunya negara yang indah..indah pemandangannya..subur tanamannya..ramah orangnya.. tersenyum mekar bibir-bibir kanak2 kecil..warga tua..Anak2-anak bermain di pinggir jalanan..berlari..ceria belum mengenal erti dunia yang sebenar.. Namun siapa tahu.. akhirnya bumi syam yang indah dan berkah itu terjajah oleh kerakusan penguasa.. terjajah oleh kuffar yang asyik bermain dengan bonekanya. Kejam sekali Basyar Al-Asaad !


Entah apa salah anak kecil yang belum kenal erti dunia..entah apa salah seorang tua yang tak berkudrat hanya mampu terduduk menyaksikan hari-hari tuanya dilewati kisah tragis di sekelilingnya..entah apa salah seorang wanita yang dicabuli kehormatannya..entah apa salah seorang pemuda yang memperjuang nasib adik-adiknya..entah apa salah seorang suami yang terpaksa melihat isteri kesayangan dinodai kesuciannya..entah apa salah kanak2 yang duduk di meja sekolah belajar mengenal huruf alif ba ta..entah apa salah seorang peniaga habis dihancurkan gerainya..entah apa salah seorang petani habis dirosakkan segala tanamannya..entah berapa ramai lagi yang akan terseksa dan menderita..kita hanya mampu melihat hanya mampu berdoa.

Semoga satu hari generasi Alfateh akan bangkit menuntut bela sepertimana mereka merobek tembok keangkuhan kota konstantine..Dan semoga satu hari generasi salahuddin al ayyubi akan tiba sepertimana mereka menawan perang hittin juga menakluk kota suci baitulmaqdis
Kebanyakan maklumat berkaitan syria ira akan dapatkan dari page syriacare..terdengar satu rakaman audio yang disiarkan..suara penduduk syria yang merayu umat islam berdoa untuk mereka..kerana saat ini tiada apa yang mampu mereka lakukan..hampir keseluruhan Aleppo berada ditangan rejim bashar..boleh bayangkan nasib mereka ? Ya Allah umat islam itu bersaudara.. mereka ibu kita bapa kita..pak cik ..adik2..kakak..abang..atuk..nenek..bukankah islam itu seperti binaan keluarga..?


Persoalannya ke mana ingin mereka tuju ?.. Warga Aleppo terpaksa berpindah ke kawasan lain untuk mengelak dari dibunuh dengan serangan udara dan tentera rejim zalim Bashar yang sedang mara..dimana kemarahan umat islam..terlalu hinakah umat islam sehingga diperlakukan sedemikian rupa..Semoga satu hari generasi Alfateh akan bangkit menuntut bela sepertimana mereka merobek tembok keangkuhan kota konstantine..Dan semoga satu hari generasi salahuddin al ayyubi akan tiba sepertimana mereka menawan perang hittin juga menakluk kota suci baitulmaqdis..Allah lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui..wassalam...


Monday, 12 December 2016

Jeans vs Skirt

Benda yang ira suka bukak bila tengok youtube adalah..running man, masak, video sains, live , tadabbur surah..suka dgr syeikh manshur as-salimi..sedap alunan bacaannya..suka bukak video di gaza, syria, tengok video mcm ni mmg menggugat airmata..PRAY FOR OUR BROTHERS & SISTERS. Kadang2 suka tengok video2 pendek..ok basically im not perfect ! jadi bila kita tahu kita xsempurna dan bukanla baik mana..lebih baik bila ambil masa untuk kita tengok atau baca perkara2 berkaitan agama untuk mentarbiyah jiwa yang dah berkarat..iman manusia turun naik kan..

Jeans vs Skirt ?..sebenarnya ia adalah filem pendek yang ira tgk dkt youtube. Mula2 xfaham kenapa tajuk dia jeans vs skirt..ok maybe nak melambangkan identiti lelaki dan perempuan..kalau xsalah laa.. Video ni bagus dgn kata2 yang sebenarnya mentarbiyah jiwa..soal manusia yang dirosakkan oleh cinta..sehingga terlupa akan hubungan yang terbina dengan Tuhannya... Tapi sebagai seorang hamba..walaupun iman senipis kulit bawang..masih ada sezarah iman yang Allah hadirkan dalam hati..untuk kembali kepada fitrah insani..kembali kepada hati yang mencintai Tuhannya melebihi segala apa yang ada di dunia..

Syed qutb pernah berkata : " Kemenangan berupa syurga itu disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tidak wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga ke akhirnya. Mereka teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai "

Goncangan cinta adalah goncangan yang dasyat..cinta itu tidak salah kerana ia adalah fitrah..Namun..salurkan fitrah itu pada tempat yang betul dan jalan yang diredhai olehNya..saat nafsu mempengaruhi akal hati dan jiwa..iman pun dibiar kekeringan ketandusan umpama tubuh yang kehausan di gurun sahara..Walau badan tampak indah dan ceria..hakikatnya hati dibiar terobek oleh cinta yang tak menjanjikan apa2..

ingatlah kata-kata dari Imam As-Syafie
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu 



Semoga kita mendapat cinta dari Allah..cinta yang berkekalan hingga ke jannah..bukan cinta yang bertaut di dunia namun diakhirat terlebur oleh panasnya bahang kehinaan..Alangkah bahagia tautan kasih yang mendambakan kasih Tuhannya..Alangkah beruntung hati2 yang terpanah oleh cinta Rabbnya..wassalam...


Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikharah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah

Saturday, 3 December 2016

Da'wah with Arts

Assalamualaikum..shared some with u guys as i also uploaded these at my pinterest..Arts can also be a da'wah..watever stuff can be.. :)

Hijab bukan sekadar pelindung bagi wanita melainkan menggambarkan seberapa besar kekuatan dan keindahan dirinya
Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna, "Asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada diri seorang pemuda."

Rasulullah saw bersabda:
Yang artinya: “Sebaik-baik kalian adalah yang berbuat baik kepada keluarganya. Sedangkan aku adalah orang yang paling berbuat baik pada keluargaku “. (HR. At-Tirmidzi)
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada kita, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata 

Friday, 21 October 2016

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Tuesday, 18 October 2016

Bentuk-bentuk border

ok tutorial kali ni mudah dan simple..bentuk-bentuk border..sebenarnya dah lama nak buat tuto nih..tapi disebabkan asyik fokus dkt tutorial2 lain je..terlepas pandang pulak pasal ni..bentuk2 border ni boleh la guna untuk border post title atau sidebar title atau body blog korng and etc la..blockquote pun boleh jugak..

-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;


 -moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;


 -moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;
 

 -moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;
 

 -moz-border-radius: 25px 10px/10px 25px;
border-radius: 25px 10px/10px 25px;


 -moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;

Download photoscape, Gimp dan PTSai

Assalamualaikum..kali ni ira nak kongsi dekat mana kita boleh download application yang boleh kata semua blogger mesti ada..Ini untuk memudahkan kita buat penambahbaikan ,mengedit blog dan lain2 fungsi..Macam mana kebanyakan blogger boleh buat header blog yang mengancam kan..mestila ada aplikasi yang sesuai ;)..tambahan pula, kita boleh design blog mengikut citarasa masing2 tanpa perlu guna template yg blogspot sediakan.




Ok cuma tekan link yang ira dah provide download dan install dalam pc..Lepas tu dah boleh guna macam biasa untuk design macam2 hokay..Macam mana nak guna lepasni kita buat tutorial part II pulak gege..merci!








Tutorial Tukar tulisan Facebook

Assalamualaikum..dalam entry kali ni ira nak kongsikan tentang cara2 untuk tukar tulisan dekat facebook..eh kejap tapi bukan tulisan je tau sekali pakej theme,background cursor, image,video segala anak2 yang boleh ditukar..nak letak background gambar sendiri pun boleh. Ok jom tengok caranya. Bagi pengguna Google chrome

Step pertama ,pergi ke google chrome dan click mcm dalam gambar,pilih setting
Step kedua,lepas tu click entension
step 3,Scroll ke bawah dan pilih get more extension
Step 4, Dekat kotak search taip perkataan  " Fabulous"
Step 5, akan keluar mcm gambar bawah..pilih yg ira kotakkan tu dan tekan add to chrome, sbnrya dkt kotak rate warna hijau tu tapi sbb ira dh add extension ni sbb tu xkuar button add to chrome to..korg buat mcm biasa ok.
Step 6, Bila dah add nnt akan ada button mcm dkt kotak tu..
Step 7, Pergi dekat facebook atau mana2 page yg korg nk ubah, tekan icon dalam step 6 tadi akan keluar mcm gmbr dibawah..skrg boleh edit dgn senang hati.. :D
Ok rasanya sampai sini tutorial kali ni..kalau ada masa inshaALLAH buat tutorial lain pulak. Asaimen pun makin menggunung je mggu dpn ad presentation dgn test pulak -_-.. Assalamualaikum bye2 ;)