Friday 21 October 2016

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Tuesday 18 October 2016

Bentuk-bentuk border

ok tutorial kali ni mudah dan simple..bentuk-bentuk border..sebenarnya dah lama nak buat tuto nih..tapi disebabkan asyik fokus dkt tutorial2 lain je..terlepas pandang pulak pasal ni..bentuk2 border ni boleh la guna untuk border post title atau sidebar title atau body blog korng and etc la..blockquote pun boleh jugak..

-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;


 -moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;


 -moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;
 

 -moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;
 

 -moz-border-radius: 25px 10px/10px 25px;
border-radius: 25px 10px/10px 25px;


 -moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;

Download photoscape, Gimp dan PTSai

Assalamualaikum..kali ni ira nak kongsi dekat mana kita boleh download application yang boleh kata semua blogger mesti ada..Ini untuk memudahkan kita buat penambahbaikan ,mengedit blog dan lain2 fungsi..Macam mana kebanyakan blogger boleh buat header blog yang mengancam kan..mestila ada aplikasi yang sesuai ;)..tambahan pula, kita boleh design blog mengikut citarasa masing2 tanpa perlu guna template yg blogspot sediakan.




Ok cuma tekan link yang ira dah provide download dan install dalam pc..Lepas tu dah boleh guna macam biasa untuk design macam2 hokay..Macam mana nak guna lepasni kita buat tutorial part II pulak gege..merci!








Tutorial Tukar tulisan Facebook

Assalamualaikum..dalam entry kali ni ira nak kongsikan tentang cara2 untuk tukar tulisan dekat facebook..eh kejap tapi bukan tulisan je tau sekali pakej theme,background cursor, image,video segala anak2 yang boleh ditukar..nak letak background gambar sendiri pun boleh. Ok jom tengok caranya. Bagi pengguna Google chrome

Step pertama ,pergi ke google chrome dan click mcm dalam gambar,pilih setting
Step kedua,lepas tu click entension
step 3,Scroll ke bawah dan pilih get more extension
Step 4, Dekat kotak search taip perkataan  " Fabulous"
Step 5, akan keluar mcm gambar bawah..pilih yg ira kotakkan tu dan tekan add to chrome, sbnrya dkt kotak rate warna hijau tu tapi sbb ira dh add extension ni sbb tu xkuar button add to chrome to..korg buat mcm biasa ok.
Step 6, Bila dah add nnt akan ada button mcm dkt kotak tu..
Step 7, Pergi dekat facebook atau mana2 page yg korg nk ubah, tekan icon dalam step 6 tadi akan keluar mcm gmbr dibawah..skrg boleh edit dgn senang hati.. :D
Ok rasanya sampai sini tutorial kali ni..kalau ada masa inshaALLAH buat tutorial lain pulak. Asaimen pun makin menggunung je mggu dpn ad presentation dgn test pulak -_-.. Assalamualaikum bye2 ;)

Monday 17 October 2016

blog lama Hilang

Ini sebenarnya blog kedua ira yang diolah baru..blog sebelum ni hilang entah kemana..sedihnya T_T.. Nasibla boleh setting balik coding lama kepada coding baru cuma itula banyak benda hilang dan terpaksala ira mula semula..but it's okay..since i really love blogging why not.! Banyak benda boleh kongsi dan nak kongsi. 
My old baby hihi.. mujahadahsolehah39 Takpela walaupun google dah menghilangkan blog lama ira entah kelautan atlantik ke lautan hindi.. Bersabarlah wahai hati (ecece)

Sunday 16 October 2016

Tips kulit muka : PART 1

Assalamualaikum..harini ira nak kongsikan tips2 basic untuk jaga kulit muka..sape yg tak nak kulit dia bersih kan tmbh skli flawless lah..tmbh2 perempuan yakni org lelaki sekalipun takkan la xnk jaga langsung kan. Ok ira memang seorang yg concern tentang penjagaan kulit muka (yes seriously) why not jaga dari muda tapi yg termampu la dan xdela flawless tahap telur rebus tu haha
Apa yang ira kongsi adalah apa yang ira buat selama ni..perkara pertama yang paling ira jaga adalah AIR KOSONG . Ya memang suka minum air kosong sekurang2nya 1.5 liter sehari maybe lebih. kalau xada air kosong rasa xbest hihi. Air kosong elok diminum dan ira suka air mineral berbanding yang dimasak. Paling pantang adalah air gas atau bikarbonat..dah lama ira stop. Plus kandungan gula terlalu tinggi dan mmg xbaik pun untuk tubuh badan. Selain tu kurangkan kafein dalam minuman terutama kalau ambil supplement aka makanan tambahan better elakkan kalau tak kafein akan jadi punca yang menghalang penyerapan vitamin dalam tubuh badan. Ira suka jgk minum susu dgn jus buah-buahan..rasa fresh ;)
Kedua , cuci muka. Pastikan guna pembersih muka yang sesuai dgn kulit ,jenis kulit mungkin berbeza2 samada oily,combination,normal,dry atau sensitive. Bagi yang kulit normal mmg xada apa2 mslh even guna pencuci muka jenis apa pun..Mungkin lebih baik gunakan pencuci yang rendah bahan kimia ataupun non comedogenic (tak clog pores) jadi akan mengurangkan risiko timbul jerawat. Antara produk yang dapat review yang baik setakat ni adalah CETAPHIL dan SIMPLE . Akan review nanti. Most of product yang kurang chemical dia tak ada bau yang beraroma..tak ada bau yg menarik but percayalah memang ok. Dalam entry akan datang,ira akan review kenapa ira mention ttg cetaphil dan simple.

Bagi yang suka pakai makeup..ples ples ples guna remover sblm basuh muka..kdg2 kalau basuh mcm tu dia tak akan buang habis..it might clog ur pores. Jangan sekali2 tidur dgn muka berbedak la apa..kita bukan snow white nk tggu putera raja dtg :P..cuba buat..kesian kat kulit tak dapat oksigen hihi xleh bernafas dia. Dan jgk sediakan towel khas untuk muka shja jgn lap dgn towel utk mandi..Bli towel kecik je.. :). Cuma tekap2 je dkt muka jgn sapu kasar2 ok.

Banyak cara untuk buat sendiri pencuci,penyegar,dll menggunakan kaedah DIY (do it yourself).. org2 barat khususnya suka pakai product DIY sebab guna bahan asli,natural dan bebas bahan kimia.. *bakal dikongsikan* 

Ketiga, sekali sekala tu scrub la kulit muka untuk buang sel kulit mati atau ntah apa2 yang dekat muka kita..kalau ira seminggu sekali pun dah cukup..Scrub muka pun boleh buat sendiri gunakan bahan asli ;) free chemical substances !
Keempat , pakai masker.. Ira suka buat masker kunyit sendiri.. IT WORKS perfectly. guna bahan organik dan xada bahan kimia. Jangan risau kulit xjadi kuning pun mcm kunyit tu..:D

Kelima ,ples pastikan beli produk yang betul..produk yang bagus mungkin ambil masa lama..kalau 3 hari sehari,24 jam dah boleh jadi putih kapas tu please dont ever think about it ! kebanyakan produk mcm ni ada bahan terlarang spt mercury..so beware.. nak cantik ada batasnya..jgn smpi merosakkan diri sendiri.. Think wisely. Rasanya sampai sini dulu kut membebel ..merci ;)

Cara reset Windows 10 pc

Assalamualaikum..again harini nak kongsikan tentang cara reset windows 10 pc. Kalau haritu ira dah buat tutorial untuk hilangkan welcome note dekat HP notebook, boleh rujuk sini TEKAN
Di satu hari yang indah, angin sepoi2 sedang matahari galak memancarkan cahayanya..haha kbye. Ada satu lagi masalah sbnrnya. satu box setup exe. asyik2 nak muncul dkt screen tiap kali turn on laptop..again :/. Then cari la jalan penyelesaiannya..macam2 dah cuba..most expert rekomen mcm2 je apps (lbih kurg antivirus ) utk didownload..pegila download satu apps comodo, ok guess what, setup exe tu dh x ada..lepas dari tu dia suruh restart maka restart lah dgn rela hati..lepas tuterus laptop jadi merapu dh T_T.. menyesal plak.. Ok..tapi....benda penting yang perlu buat adalah bersikap tenang ! kalau ikut gopoh tu rasa nk hempuk je laptop kan..no3.. Bila perkara di atas berlaku atau laptop kita dah xberfungsi dgn stabil atau laptop kita dh mental instability lah sng cerita..

1- tekan start,tekan setting ..atau ,
2- Dekat button search, taip setting,kuar mcm gmbr bwh
3-Scroll bawah dan tekan mcm gmbr di bawah
4-Pilih Recovery
5-Pilih Reset This pc, tekan button "get started "
6- Lepas tekan button get started,windows akan bagi 2 pilihan,
AWAS ! SILA BACKUP SEGALA DOKUMEN PENTING BAGI MENGELAKKAN anda MENANGIS DI KEMUDIAN HARI, Terlajak perahu boleh diundur..terlajak tekan byebye
Dekat atas ni ada 2 pilihan..samada nak simpan file tapi buang semua application dan setting atau pilihan 2 buang semua sekali (file,apps dan setting )..mcm ira buat sebelum ni ira pilih option 1 sebab nak simpan semua file sedia ada cuma dia akan uninstall apps yg dh dload sblm ni dan mungkin akn reset sikit setting korg sblm ni. lepas tekan keep my files,continue dan dia akn reset sendiri smpi habis..akan ambil masa lama jgk maybe sejam-2 jam based on my experience..maybe less maybe longer. Lepas dia reset..laptop akan berfungsi dgn normal :D mcm mula2 beli gitu hehe ;)






Saturday 8 October 2016

Download font comel

Assalamualaikum..kadang2 kita tengok orang letak or ada font yang comel2..cute2..cantik2 dlm blog dorang kan..jeles..hehe..sebenarnya..ada banyak aplikasi tempat mengDownload font dengan pelbagai citarasa samada jenis modern..decoration..funky or cute dan banyaklah..so dekat bawah nanti..ira akan bagi link2 tempat untuk korang download font2 ikut citarasa and yang korang suka..


sila click kalau korang nak = Font dari Dafont


sila click kalau korang nak = Font dari Urbanfont


sila click kalau korang nak = Font dari Ffont






Original Denim Code

Assalamualaikum..dekat bawah ni adalah code asal denim template..jadi korang yang baru nak buat blog menggunakan denim template boleh copy code dekat bawah dan pastekan dekat html coding korang ok. Code ni basic jadi boleh edit sendiri berdasarkan citarasa masing2..Hehe

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">
<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
  <head>
    <b:include data='blog' name='all-head-content'/>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
    <b:skin><![CDATA[/*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Washed Denim
Designer: Darren Delaye
URL:      www.DarrenDelaye.com
Date:     11 Jul 2006
-----------------------------------------------
*/
/* Variable definitions
   ====================
 <Variable name="bgColor" description="Page Background Color"
           type="color" default="#efefef" value="#efefef">
 <Variable name="textColor" description="Text Color"
           type="color" default="#333333" value="#333333">
 <Variable name="linkColor" description="Link Color"
           type="color" default="#336699" value="#336699">
 <Variable name="headerBgColor" description="Page Header Background Color"
           type="color" default="transparent" value="transparent">
 <Variable name="headerTextColor" description="Page Header Text Color"
           type="color" default="transparent" value="transparent">
 <Variable name="headerCornersColor" description="Page Header Corners Color"
           type="color" default="transparent" value="transparent">
 <Variable name="mainBgColor" description="Main Background Color"
           type="color" default="#ffffff" value="#ffffff">
 <Variable name="borderColor" description="Border Color"
           type="color" default="#cccccc" value="#cccccc">
 <Variable name="dateHeaderColor" description="Date Header Color"
           type="color" default="#999999" value="#999999">
 <Variable name="sidebarTitleBgColor" description="Sidebar Title Background Color"
           type="color" default="#ffd595" value="#ffd595">
 <Variable name="sidebarTitleTextColor" description="Sidebar Title Text Color"
           type="color" default="#333333" value="#333333">
 <Variable name="bodyFont" description="Text Font"
           type="font" default="normal normal 100% Verdana, Arial, Sans-serif;" value="normal normal 100% Verdana, Arial, Sans-serif;">
 <Variable name="headerFont" description="Page Header Font"
           type="font" default="normal normal 210% Verdana, Arial, Sans-serif;" value="normal normal 210% Verdana, Arial, Sans-serif;">
   <Variable name="startSide" description="Start side in blog language"
             type="automatic" default="left" value="left">
   <Variable name="endSide" description="End side in blog language"
             type="automatic" default="right" value="right">
*/
body {
  background: $bgColor;
  margin: 0;
  padding: 0px;
  font: x-small Verdana, Arial;
  text-align: center;
  color: $textColor;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
}
a:link {
  color: $linkColor;
}
a:visited {
  color: $linkColor;
}
a img {
  border-width: 0;
}
#outer-wrapper {
  font: $bodyFont;
}
/* Header
----------------------------------------------- */
#header-wrapper {
  margin:0;
  padding: 0;
  background-color: $headerCornersColor;
  text-align: $startSide;
}
#header {
  width: 760px;
  margin: 0 auto;
  background-color: $headerBgColor;
  border: 1px solid $headerBgColor;
  color: $headerTextColor;
  padding: 0;
  font: $headerFont;
}
h1.title {
  padding-top: 38px;
  margin: 0 14px .1em;
  line-height: 1.2em;
  font-size: 100%;
}
h1.title a, h1.title a:visited {
  color: $headerTextColor;
  text-decoration: none;
}
#header .description {
  display: block;
  margin: 0 14px;
  padding: 0 0 40px;
  line-height: 1.4em;
  font-size: 50%;
}
                                                   
/* Content
----------------------------------------------- */
.clear {
  clear: both;
}

#content-wrapper {
  width: 760px;
  margin: 0 auto;
  padding: 0 0 15px;
  text-align: $startSide;
  background-color: $mainBgColor;
  border: 1px solid $borderColor;
  border-top: 0;
}
#main-wrapper {
  margin-$startSide: 14px;
  width: 464px;
  float: $startSide;
  background-color: $mainBgColor;
  display: inline;       /* fix for doubling margin in IE */
  word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
  overflow: hidden;      /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}
#sidebar-wrapper {
  margin-$endSide: 14px;
  width: 240px;
  float: $endSide;
  background-color: $mainBgColor;
  display: inline;       /* fix for doubling margin in IE */
  word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
  overflow: hidden;      /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}
/* Headings
----------------------------------------------- */
h2, h3 {
  margin: 0;
}
/* Posts
----------------------------------------------- */
.date-header {
  margin: 1.5em 0 0;
  font-weight: normal;
  color: $dateHeaderColor;
  font-size: 100%;
}
.post {
  margin: 0 0 1.5em;
  padding-bottom: 1.5em;
}
.post-title {
  margin: 0;
  padding: 0;
  font-size: 125%;
  font-weight: bold;
  line-height: 1.1em;
}
.post-title a, .post-title a:visited, .post-title strong {
  text-decoration: none;
  color: $textColor;
  font-weight: bold;
}
.post div {
  margin: 0 0 .75em;
  line-height: 1.3em;
}
.post-footer {
  margin: -.25em 0 0;
  color: $textColor;
  font-size: 87%;
}
.post-footer .span {
  margin-$endSide: .3em;
}
.post img, table.tr-caption-container {
  padding: 4px;
  border: 1px solid $borderColor;
}
.tr-caption-container img {
  border: none;
  padding: 0;
}
.post blockquote {
  margin: 1em 20px;
}
.post blockquote p {
  margin: .75em 0;
}
/* Comments
----------------------------------------------- */
#comments h4 {
  margin: 1em 0;
  color: $dateHeaderColor;
}
#comments h4 strong {
  font-size: 110%;
}
#comments-block {
  margin: 1em 0 1.5em;
  line-height: 1.3em;
}
#comments-block dt {
  margin: .5em 0;
}
#comments-block dd {
  margin: .25em 0 0;
}
#comments-block dd.comment-footer {
  margin: -.25em 0 2em;
  line-height: 1.4em;
  font-size: 78%;
}
#comments-block dd p {
  margin: 0 0 .75em;
}
.deleted-comment {
  font-style:italic;
  color:gray;
}
.feed-links {
  clear: both;
  line-height: 2.5em;
}
#blog-pager-newer-link {
  float: $startSide;
 }
#blog-pager-older-link {
  float: $endSide;
 }
#blog-pager {
  text-align: center;
 }
/* Sidebar Content
----------------------------------------------- */
.sidebar h2 {
 margin: 1.6em 0 .5em;
 padding: 4px 5px;
 background-color: $sidebarTitleBgColor;
 font-size: 100%;
 color: $sidebarTitleTextColor;
}
                                                   
.sidebar ul {
  margin: 0;
  padding: 0;
  list-style: none;
}
.sidebar li {
  margin: 0;
  padding-top: 0;
  padding-$endSide: 0;
  padding-bottom: .5em;
  padding-$startSide: 15px;
  text-indent: -15px;
  line-height: 1.5em;
}
.sidebar {
  color: $textColor;
  line-height:1.3em;
}
.sidebar .widget {
  margin-bottom: 1em;
}
.sidebar .widget-content {
  margin: 0 5px;
}
/* Profile
----------------------------------------------- */
.profile-img {
  float: $startSide;
  margin-top: 0;
  margin-$endSide: 5px;
  margin-bottom: 5px;
  margin-$startSide: 0;
  padding: 4px;
  border: 1px solid $borderColor;
}
.profile-data {
  margin:0;
  text-transform:uppercase;
  letter-spacing:.1em;
  font-weight: bold;
  line-height: 1.6em;
  font-size: 78%;
}
.profile-datablock {
  margin:.5em 0 .5em;
}
.profile-textblock {
  margin: 0.5em 0;
  line-height: 1.6em;
}
                                                   
/* Footer
 ----------------------------------------------- */
#footer {
  clear: both;
  text-align: center;
  color: $textColor;
}
#footer .widget {
  margin:.5em;
  padding-top: 20px;
  font-size: 85%;
  line-height: 1.5em;
  text-align: $startSide;
}
]]></b:skin>
  </head>
  <body>
  <b:section class='navbar' id='navbar' maxwidgets='1' showaddelement='no'>
<b:widget id='Navbar1' locked='true' title='Navbar' type='Navbar'/>
</b:section>
  <div id='outer-wrapper'><div id='wrap2'>
    <!-- skip links for text browsers -->
    <span id='skiplinks' style='display:none;'>
      <a href='#main'>skip to main </a> |
      <a href='#sidebar'>skip to sidebar</a>
    </span>
    <div id='header-wrapper'>
      <b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>
<b:widget id='Header1' locked='true' title='Hanis fanfic (Header)' type='Header'/>
</b:section>
    </div>
    <div id='content-wrapper'>
      <div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>
        <b:section class='crosscol' id='crosscol'/>
      </div>

Secebis Kata Hikmah


“Kami hidup bersama Rasulullah saw dan kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi, kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu.”— [ Khalid Ibn Walid ]


majnun terbunuh oleh cintanya kepada Laila. Qorun terbunuh krna kecintaan kepada harta benda. Fir’aun terbunuh oleh cintanya terhadap kedudukan. Tapi Hamzah, Ja’far dan Hanzhalah mati kerana cintanya kepada Allah dan Rasulnya. Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara keduanya.


jika dihati ada akhirat, maka dunia dtg mendesaknya..jika dunia di dlm hati, akhirat tdk dtg mendesaknya krn akhirat itu mulia sdgkn dunia itu tercela
-Abu Sulaiman ad-Darani-
jika rupa jadi ukuran mengapa suara azan bilal bin rabah didengari penghuni langit..krn Allah melihat tingkat taqwa bkn paras dan rupa..
kezaliman akan terus ada
bukan kerana banyaknya org jahat
tapi kerana diamnya org baik

-Saidina Ali bin Abi Thalib-
Uthman bin Affan r.a pernah mengatakan, " seandainya aku mati tidak dibangkitkan lagi," padahal dia menghabiskan malam harinya dgn bertasbih dan membaca al-Quran sehingga mushafnya terkoyak2 krna terlalu bnyk dibaca,dan dia wafat sbg seorang yg mati syahid,sedangkan darahnya membasahi mushafnya.
"penat..asyik2 aku yang diuji..dunia tak adil.."

“.. Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (QS. 12:87)

Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam As-Syafie)





Remove highlight copy paste

Student yang selalu buat assignment korg selalu hadapi masalah ni kan.. Bila artikel ke apa2 benda yang korang copy dan paste dekat document word akan paste sekali background atau highlight dia sekali..tak lawa laaa...Ok jangan risau ada cara untuk hilangkan highlight tu..sebelum tu..apakah yg dimaksudkan dengan entry kali ni..jom kita tengok dulu gambar bawah ni..nampak tak text tu ada highlight. kita nak buang yang tu ok.



First, highlightkan semua ayat tadi lepastu tekan kotak merah tu clear all formatting. Click image for bigger size.


lepastu jadila macam ni...dan lagi satu cara ni jugak boleh digunakan untuk blog korg..sila paste dekat word terlebih dahulu..ikut langkah tadi dan copy letakkan dekat blog. Highlight tadi akan hilang. Done. Ada benda yang lebih baik kita simpan dalam bentuk asal sama ada ayat Al-Quran dengan tafsirnya atau sesebuah artikel..jadi cara ni boleh digunakan untuk simpan teks asal tanpa highlight.


Friday 7 October 2016

Disable HP welcome note

Assalamualaikum..sapa guna HP angkat tangan.. Ok tutorial kali ni berkenaan HP welcome note yang selalu appear tak lebih tak kurang 2-3 minit tiap kali..Annoyingnya rasa..Benda ni muncul lepas ceq bli Hp notebook seminggu yang lepas.. Ok memandangkan laptop lama dah rosak..i buy this 15.6 notebook. Ok lepas welcome note ni asyik muncul..mula2 biar..lama2 rimas mulalah jari pantas mengGoogle " how to remove Hp welcome " lebih kurang. Dia akan direct kepada satu page forum tentang masalah sama. Ramai expert bagi cadangan tapi yang paling berkesan adalah.....ok jap lupa nak tunjuk welcome note tu macam mana..Ni la dia yang menguji kesabaran tiap insan huhu.


Dalam banyak2 cara..ak jumpa satu cara paling berkesan.. rasanya dia tak remove habis..cuma akan elakkan benda alah ni appear dekat screen korg yg pasti menggugat kesabaran heheh. Follow these step...

langkah 1 : tekan     ctrl - shift -esc   dalam masa yang sama
langkah 2 : akan muncul kotak macam bawah ni


langkah 3 : Cari file Hp Welcome dan Right click- open file location
langkah 4 : Rename file yg bernama garage container dgn nama Hp icon 
langkah 5 : xde langkah lagi dah haha..ok siap..ira dh cuba and guess what it works

Lepas cuba cara ni..ak cuba tunggu tengok dia muncul lagi tak..kalau ada ingat nk lempar je notebook ni..ops gurau ja hihi..sapa tak sayang laptop..ok lepas lama berjam2 guna tak muncul dah..kira mission succeed yeayy..

Kata Syeikh Ahmad Yassin

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan). Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami. Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.
Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”