Wednesday 18 January 2017

TANGISAN DI BUMI SYAM


“Beruntunglah negeri Syam. Sahabat bertanya: mengapa ? Jawab Nabi saw: Malaikat rahmat membentangkan sayapnya di atas negeri Syam.” (HR. Imam Ahmad)

Syam bumi berkah yang terjajah..terobek oleh tangan-tangan rakus musuh-musuh islam. Dracula ! Ya . Versi manusia yang sentiasa dahagakan darah. Bom dan peluru senjata seolah mainan yang boleh diacukan kepada sesiapa sahaja.

TIDAK MARAHKAH KITA ?

Kanak-kanak diyatimkan
Seorang muslimah diragut maruah dan kehormatannya
Seorang ibu dipisahkan dari anak-anaknya
Seorang pemuda dipijak-pijak kerana mempertahan akidahnya
Seorang tua tak berkudrat menyaksikan hari-hari tua penuh linangan air mata dan darah para syuhada

Buya Hamka pernah berkata
“Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah”

Ya. Dunia kini menuntut air mata. Nyawa manusia umpama rumput dan lalang yang boleh dicantas bila2 masa..jika mata yang melihat merasa sayu..apalagi bahu yang menanggung beban dan tubuh yang menanggung kesakitan.

PENDERITAAN DEMI PENDERITAAN

Sakit mereka bukan semata kerana diseksa
Sakit mereka juga kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman
sakit mereka oleh kerana suara dan tangisan yang tak dihiraukan
Sakit mereka kerana kelemahan umat dan pemimpin-pemimpin islam

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami. -Syeikh Ahmad Yassin

UMPAMA BUIH DI LAUTAN

Tapi kita kan ramai...waktu perang Badar, umat islam boleh menang walaupun berjumlah sedikit ? Di manakah lemahnya kita ?

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan keadaan umat di akhir zaman .
“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” 

Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” 

Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” 

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Wahn?” 

Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”

( HR Abu Dawud )