Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu
memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh),
Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat
dengan suaraku(perlahan). Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi
hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang
berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan
kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang
telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami
daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan
penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit
menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum
kami.
Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina
sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini
membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami
dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan
kami. Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan
tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah
kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai
sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang
dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan
bantulah hamba-hambaMu yang beriman!
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?
Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan
ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami
akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan
diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita,
orang-orang tua dan pemuda-pemuda
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat
umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah
atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan
mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam
kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin.
Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan
kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum
sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh
yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami
wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu..
kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah
kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang
yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami.
Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh
yang berkuasa ke atas kami?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah,
maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan,
wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang
diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.
Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan
umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami,
terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa
tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh
kami….”
No comments:
Post a Comment