Sunday, 11 June 2017

Diari Hati Seorang Wanita

Umur hampir genap 22 tahun 9 bulan tahun ini..aku seperti biasa masih berada di ibu kota menghabiskan saki baki masa di sini. Kuliah sudah tamat, Alhamdulillah selama 3 tahun menongkah arus bidang yang tak pernah menjadi minatku dahulu, kini seolah membuka jalan untuk aku terus berjuang. Terima kasih Allah sentiasa memberi aku kesempatan menuntut ilmu di ibu kota yang penuh dugaan dan pancaroba.


Peperiksaaan final year kali ni sedikit berbeza, kami menempuhnya di bulan Ramadhan, bulan yang berkah bulan yang mulia bulan manusia berlumba2 melakukan ibadah, bersedekah, bertadarus, melakukan kebaikan yang ganjarannya sudah pasti berlipat kali ganda berbanding bulan2 yang lain. OH YA ! hampir terlupa, entry kali ini ingin aku nukilkan diari hati seorang wanita, ops maaf ini bukan diari harian yang ditulis untuk simpanan dan tatapan seperti dalam buku catatan itu ya. :D
Firman Allah swt yang bermaksud : “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun” (An-Nisa’:24)
Earphone dipasang, seperti biasa aku memilih nasyid2 yang menjadi playlist kegemaran..Acapkali aku mendengar nasyid Ainul Mardiah..mesti semua tahu macam mana nasyidnya..bila dihayati bait bait lirik boleh menggugah jiwa..boleh berderai airmata..kerana apa..WANITA.. pernahkah engkau terfikir adakah engkau salah seorang Hamba Allah yang akan menjadi bidadari di syurga.. Allahu jika difikirkan layakkah aku menjadi salah satu darinya.

apakah selama aku hidup di dunia ini telah melayakkan aku menjadi seorang bidadari syurga..dan bagi kalian yang sudah menikah..tidak inginkah kalian menjadi ketua bidadari yang tinggi kedudukannya..

Jika ditanya..apakah nilai dan kedudukan seorang wanita di dalam islam..sudah pasti tak termakan oleh masa untuk menghuraikannya..

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang soleh, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Karena berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setiap muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal. muslimah.or.id
Islam juga memerintahkan kita supaya memuliakan wanita, sama ada sebagai anak, isteri apatah lagi sebagai ibu. Islam telah mengancam keras perbuatan menguburkan anak perempuan hidup-hidup seperti yang dilakukan oleh orang Arab di zaman jahiliyah dahulu. Di dalam Sahih Al-Bukhari ada meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan lalu ia mengajarnya dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari api neraka”.





melalui kalamullah ayat ke-15 surah Al-Ahqaf yang bermaksud: ”Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”.

Wanita, diri kamu cukup berharga, ingat saat kamu dihina diperhamba dan dizalimi pada zaman jahiliah..Islam datang membebaskan kamu dari cengkaman itu dan darjat kamu diangkat serta dimuliakan oleh Allah..beruntungnya maruah kamu dipelihara, diri kamu dijaga, beruntunglah mudahnya untuk kamu masuk kedalam syurga namun mudah juga untuk ke neraka, jagalah diri,jagalah kehormatan, jagalah maruah..InshaAllah syurga buatmu..bakal bidadari penghuni syurga Allahumma Amin...wallahualam